Zikrullah

Selasa, 27 September 2011

WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW 1




Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

"Wahai Muhammad
, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna." 

Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu???...[ketahui lebih lanjut disini]

Rabu, 14 September 2011

Kenapa Perlu Solat Awal Waktu???...

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini aku nak share something dari seorang sahabat yang aku baru follow beliau dari blog beliau H2O
aku tak tau la ni artikel asli beliau atau tak, tapi apa-apa pun
sharing is caring kan..
so, oleh kerana aku ni caring dengan agama aku iaitu ISLAM..
tu yang aku share dengan engkau orang..
lagipun, aku tengok sekarang ni ramaiiiiiiii
orang yang tak solat...ada yang solat bila ada kat rumah je..
ada yang solat bila depan aweksss je..
ada yang solat bila hari jumaat je..
ada yang solat bila hari raya jee..
ada yang solat bila susah..
& ada yang solat .................
solat tak sampai 1 jam pun..




ok, kalau yang full solat 5 waktu sehari semalam & solat di awal waktu malah menjaga tatatertib solatnya Alahamdulillah la..

dipendekkan cerita la, ok..
ni part artikel yang aku copy dari blog sahabat..

Allah telah berfirman " Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja. dan dengan malam dan apa yang diselubunginya, dan dengan bulan apabila menjadi purnama, sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan) Mengapa mereka tidak mahu beriman," (Al Insyiqaq; 16-20)

  ibadah solat ada spektrum warnanya yang tersendiri, iaitu:
SUBUH - BIRU MUDA

         Aku ringkaskan sahaja disini, waktu subuh ada kaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi, so if seseorang terlewat atau tak solat subuh, dia akan mengalami masalah rezeki dan komunikasi. Itu sebab orang-orang dulukala pantang dengan orang yang tidur lepas waktu subuh termasuklah mak aku.

        Bila waktu azan subuh sahaja, tenaga alam time tu berada pada tahap yang paling tip top atau optimum, dan akan diserap melalui ibadah solat kita time kita rukuk dan sujud. So kalau lewat solat, tenaga alam time tu dah low battery so badan pun tak dapat menyerapnya dengan efektif.

        Percaya atau tidak, sesiapa yang tak solat subuh mempunyai expresi muka yang berlainan dan kurang bersemangat berbanding mereka yang solat subuh. Hanya orang tertentu boleh mengesannya, ustaz aku pernah tanya soalan kat kawan aku, "tak solat pagi tadikan?" dan kawan aku memang termiss solat pagi tadi. So jangan ingat kalau tinggal solat, orang tak tahu.

Allah telah berfirman " Dirikanlah solat dari sudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan )dirikanlah pula solat) Subuh, Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan malaikat." (Al Isra' ; 78)

ZUHUR - KUNING

         Time ni warna alam berada pada spektrum warna kuning yang mempunyai kaitan dengan frekuensi perut dan hati dan memberi kesan pada sistem penghadaman manusia. Ia juga ada kaitan dengan keceriaan. So kalau seseorang selalu sangat terlewat dan tertinggal solat zuhurnya, besar kemungkinan beliau akan mengalami masalah di perut mereka dan hilang sifat keceriaannya dan menjurus kearah penyakit kemurungan. Tapi jangan pulak korang tengok orang yang muka ketat je , korang ingat dia tak solat zuhur. selalulah bersangka baik.

ASAR - JINGGA (OREN)

          Time ni warna alam berada dalam spektrum warna jingga yakni oren yang bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, testis dan ovari. Senang cerita ia berkait rapat dengan sistem reproduktif manusia. Ia juga mempunyai rahsia berkaitan dengan kekreativitian seseorang. So kalau selalu sangat lewat solat asar akan menyebabkan daya kreativiti seseorang tu menurun dan tidak mampu berfikir dengan lebih jauh. Selain itu, organ reproduktif mereka pun akan mempunyai masalah dan tidak dapat berfungsi dengan mantap. Ha3. Islam pun melarang tidur pada waktu asar kerana akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit gila or sewel.

MAGHRIB - MERAH


          Waktu ni, warna alam berada dalam keadaan warna merah yang mempunyai kaitan dengan fungsi otot, saraf dan tulang. Ia juga mempunyai rahsia berkaitan dengan keyakinan. So kalau selalu sangat tinggal solat maghrib dan terlewat melakukannya, besar kemungkinan pelaku akan mengalami masalah hilang rasa keyakinan dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam sesuatu perkara yang dilakukannya. Pelaku juga maybe akan mengalami masalah lemah-lemah sendi serta otot dan kurang bertenaga. Time ni gak spektrum warna maghrib hampir hampir matching dengan spektrum jin dan iblis yakni infra merah (infrared). So ini waktu festival bagi para jin dan yang seangkatan dengannya bermaharajalela.

Dari Jabir ra, Rasullah s.a.w bersabda : "
Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja"

        So if korang sedang dalam perjalanan time waktu maghrib adalah amat disyorkan untuk berhenti seketika dan solat maghrib dahulu. "Have A Break Lets Have Solah First" . Sebab time ni banyak pembelauan or inteferensi berlaku yang akan mengelirukan pandangan mata manusia dan probability malang tidak berbau itu berlaku adalah amat tinggi.

ISYAK - INDIGO

        Time ni warna alam dalam spektrum warna indigo yang bersamaan dengan frekuensi kawalan otak. Ia juga mempunyai rahsia berkaitan ketenteraman dan kedamaian. So kalau selalu lewat solat dan tertinggal solat, korang maybe akan mengalami rasa kegelisahan, tidak berasa tenang dan susah tidur (Insomnia).

        Tidur selepas isyak adalah time tidur yang paling disyorkan islam kerana time ni badan dalam keadaan delta dimana tubuh badan berada dalam kerehatan yang paling optimum or tip top.

        Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu (pink) seterusnya ungu dan ia bersamaan dengan frekuensi kalenjar pituari, pincal, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu dan dalam islam ia dipanggil qiamullail.

        So sangatlah digalakan bersolat tahajjud pada waktu ini seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w : "
Solat yang paling utama sesudah solat fardhu ialah solat sunat Tahajjud." Hadith riwayat Muslim

        So adalah sangat tak bagus melewatkan waktu solat kerana ia menunjukkan betapa tidak pekanya seorang hamba itu terhadap tanggungjawabnya terhadap Penciptanya. Selain itu segala suruhan Allah pada hambanya mesti ada hikmah disebaliknya dan ia untuk kebaikan hambaNYA juga. Kerana DIA yang telah menjadikan kita dan DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.


tu la dia bagusnya solat..
macam senaman dah, kalau tak ada kebaikan tak da nya Allah suruh buat..
tak payah susah-susah nak pergi senamrobik..

apa-apa pun, aku tak tahu la sahih ke tak..tapi..
yang penting, semua yang ALLAH S.W.T suruh kita buat tu
semuanya ada hikmah, tak ada yang sia-sia..

oleh itu rakan-rakan sekalian, mari lah kita mengerjakan solat
solat diawal waktu
dan
menjaga tatatertib solat dengan sempurna..
semoga kita diberkati-NYA..


sumber: klik kat SINI

Selasa, 13 September 2011

Islam Nama Sahaja



Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

(H.R al-Baihaqi)

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.


sumber : unknown (xingat)

keHalusan Rasulullah s.a.w Dalam Berdakwah


Perjuangan Islam itu sangat seni. Bukan semua orang nampak, sebab itu umat Islam huru hara di dunia ini. Berani dah ada, usaha gigih, mana ada umat Islam tak berjuang? semua gigih berjuang, ramai pula, tapi mana ada kejayaan? makin hina sebab berjuang tak ada seni. Sikit-sikit nak tembak orang, nak mengata orang, itu bukan seni.


Banyak cara untuk menyebarkan islam. tapi kebanyakan dari kita cuma guna 1 cara je.Islam itu halus, dia punya seni. Siapa boleh buat yg seni-seni itu yang boleh mengetuk fitrah orang, boleh orang senang, tengok sahaja dah jatuh hati. Itulah watak benda yang seni. Kalau kita berjuang tak seni, macam kita dengar orang pukul besi, dengar sahaja tak larat, fikiran perasaan serabut pasal tak seni. Berjuang yang tak seni pukul pahat sana sini, akhirnya sakit jiwa.

Islam itu seni. Tengok bagaimana seninya Rasulullah SAW,

Contoh ke 1 :

Satu hari baginda bawa Sayidina Umar. Rasulullah tahu Umar ni siapa. Umar ni berani, jiwa kuat, sebelum masuk Islam dah pernah bunuh orang.

Satu hari Baginda ajak Umar pergi tengah padang pasir, ikut jelah tak payah tanya, Rasulullah bawa ke satu lembah, wadi. Di situ ada bangkai unta, kuda, kambing, kepala manusia pun ada, tengkorak manusia pun ada.

Rasulullah kata, “hai Umar apa kau lihat di sini, ini tempat busuk, bangkai binatang ada, manusia pun ada. Dulu mana ada undang bunuh, tangkap, bicara mana ada, bunuh campak sahaja”.



Bila Sayidina Umar lihat ada bangkai binatang dan manusia di situ, dia berkata pada Rasulullah, “ini bangkai wahai Rasulullah, campur antara bangkai manusia dan binatang”.
Rasulullah jawab, “inilah hakikat dunia, orang buru dunia senasib dengan yang kena buru”.

Ini seni. Mana ada tok guru yang ajar begini, kalau di masjid tok guru sekadar bersyarah , mana ada tok guru bawa murid lihat bangkai dan bersyarah depan bangkai tentang dunia?

Contoh ke 2 :

Berlaku juga di zaman Rasululah, orang-orang badwi yang baru peluk Islam, orang badwi ni tak faham adab, tak bertamaddun, walaupun dia masuk Islam tapi banyak lagi yg dia tak faham. Satu hari dia berada di masjid, dia kencing dalam masjid. Rasulullah ada sahabat-sahabat pun ada. Walaupun badwi itu juga seorang sahabat tapi dia baru dididik.

Sahabat-sahabat yang lain apabila melihat keadaan itu naik berang juga, sedangkan wahyu belum sempurna, sahabat ikut apa yg turun waktu itu. Banyak yang mereka tidak tahu lagi, sebab itu ada sahabat yang marah, sahabat nak bertindak. Tapi Rasulullah kata, “TAK APA, biarkan“. Kemudian Rasulullah yang cuci najis, buang, basuh, semua.

Itukan seni. Rasul tak marah, jadi sahabat-sahabat lain yang menyaksikan perbuatan Rasulullah itu terpukullah. Rasulullah bukan sahaja tidak marah malah tolong basuhkan pula.

Macamana tak berjaya Rasulullah didik orang? Jadi sahabat-sahabat lain pun terpukul sama dan yang terkencing itu pun turut insaf. Rasulullah tak marah, dia basuh. Jadi kedua-duanya terdidik. Sahabat menjadi tahu teknik berdakwah, yang terkencing itu insaf.

Sebenarnya Islam itu seni, kalau tak seni orang takkan boleh ikut.

Contoh ke 3 :

Satu hari Rasulullah bawa duit 2 dirham, baginda ke pasar. Di tengah jalan jumpa budak sedang menangis, rupanya dia adalah hamba pada seorang perempuan. Bila lihat budak itu menangis Rasulullah tanya mengapa.

Budak itu jawab, “saya dibekalkan oleh tuan saya duit 2 dirham nak beli sesuatu, tapi duit itu dah hilang, itu yg saya takut. Biasanya kalau saya salah kena pukullah”.

Bila mendengarnya Rasulullah pun terus bagi duit pada budak itu. Setelah selesai membeli belah budak itupun balik, di tepi jalan Rasulullah jumpa lagi budak itu menangis lagi. Lalu Rasullah bertanya, “mengapa menangis? kan saya dah bagi duit?”

Budak itu menjawab, “tadi saya menangis karena hilang duit, yang menangis kali ini karena saya terlewat nak balik, biasanya kena marahlah”. Lalu Rasullah berkata, “kalau begitu tak apalah, saya hantar”. Lalu Rasulullah pun hantarlah. Bila tuan dia tengok Rasulullah, dia pun malulah nak marah.

Kan seni tu? siapa boleh buat macam tu? Kita tengok budak tengah jalan compang camping tak pedulilah, menangis ke tak awak punya pasallah termasuk ulama. Itulah dakwah seni.

Contoh ke 4 :

Satu Hari Raya, Rasulullah nak ke masjid, dia lihat di tepi jalan ada budak-budak bermain-main dan ada sorang yang tak main tapi dia menangis, Rasulullah pun terus pergi kepada budak itu.

Rasulullah sangat sensitif perasaannya, nampak pelik sikit dia terus tanya, “mengapa awak menangis ni, orang lain sedang suka-suka main-main”. Dia pun cerita, “saya sedih ayah dah mati mak saya kahwin lain, ayah tiri biarkan saya, hari ini hari raya saya tak dapat pakaian macam kawan-kawan lain”.

Apa kata Rasulullah? Rasulullah kata, “kau nak tak aku jadi ayah kau, dan Aisyah jadi mak kau?”. Budak itu setuju. Lalu Rasulullah terus bawa balik ke rumah dan bagi pakaian baru padanya.


Sumber : klik kat SINI

Jumaat, 9 September 2011

Aduh Topup Naik Harga..

salam..
malas aku nak taip panjang lebar..
teruk la sekarang nih, semua nak naik harga..
tol naik harga,
petrol naik harga,
barang naik harga,
&
ni yang terlatest...

topup naik harga beb...

tersiksa ooo nak menaggung kenaikan macam-macam harga nih..
harga diri makin jatuh,
tapi, harga hantaran makin tinggi,
susah la nak kawen macam ni...

berbalik kepada bicara topup tadi..
aku ni penjual topup jugak..
& juga merangkap yang selalu topup..
gila la weh, nak topup RM10
korang kena bayar RM11..Rugi 1000 mesej..
tu baru sorang, kalau satu malaysia ni agak korang la berapa jumlahnya ye??..
sendiri kira ok.. 

 

ha, yang kat atas ni baru MAXIS punya..
semua mau kasi naik,
naik lori,
naik harga.
tapi...
gaji steady tahap tu...

korang agak-agak la kan.
bila suma benda dah naik, tapi..
akhlak tak naik-naik..
agak-agak bencana apa bakal jadi??...
macam ni??..
atau mungkin jadi macam...

cuma sebab, "topup mahal la sekarang bang"..
&
lepas tu berleluasa la kes-kes macam nih..
lepas tu jadik apa pulak ye??...
~.:aku rakyat biasa:.~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...