Isnin, 24 Januari 2011

Kerana Dirimu Begitu Berharga Duhai Wanita

Kerana dirimu begitu berharga..

“ awak kenapa awak tak memanggil saya ‘sayang’? kenapa awak hanya memanggil saya dengan hanya nama saya sahaja?”
“paling saya tertanya-tanya kenapa agaknya awak tak mahu menemani saya menonton wayang, berjalan-jalan di kompleks brli belah? Tapi awak hanya mempelawa saya melangkah ke masjid dan majlis-majlis ilmu sahaja. Itu pun pergi berasingan,” Tanya seorang gadis kepada ‘ kawan’ lelakinya.
Pertanyaan begitu hanya disambut dengan senyuman. Sambil akalnya ligat berpusing. Jawapan yang bagaimana agaknya sesuai diberikan kepada gadis berkenaan. Bimbang andai si gadis itu akan salah tafsir jawapannya kelak.
Namun, bibirnya kemudian mengukir senyuman yang semakin lebar. Nafas dihembus perlahan-lahan. Bersedia untuk menjawab. Namun dia turut bersedia menanti respons yang bakal dilontarkan oleh sigadis itu.
“kerana dirimu begitu berharga..” ringkas jawapannya.
Seperti yang dijangka, si gadis itu kehairanan. Sambil mencari dimana logic jawapan yang diterimanya.
“bukankah kalau saya ini berharga bagi awak, tetu awak akan menemani saya ke panggung wayang dan tempat-tempat hiburan. Awak tak macam boyfriend orang lainlah. Ni lagi satu, saya nak Tanya awak, kanapa setiap kali ulang tahun saya awak tak pernah bagi benda-benda berharga seperti gelang, rantai atau kek untuk saya.”
“yang saya ingat, masuk kali ni dah tiga kali awak bagi buku agama. Bosan la saya dengan hadiah-hadiah tu. Puji saya pun jarang sekali,” tegas si gadis itu lagi. Kata-kata itu kali ini membuatkan ‘kawan’ lelakinya berhenti tersenyum. Namun dia menaymbung dengan ketawa.
“kerana dirimu begitu berharga…” jawapan itu kali ini mematikan terus percakapan si gadis berkenaan.
Benar. Itulah hakikatnya. Wanita dibekalkan Allah S.W.T dengan smebilan nafsu dan satu akal. Menjadi lumrahnya untuk diminta pujian sebagai penghargaan. Malah dimahukannya bdelaian dan kasih saying daripada seorang lelaki.
Namun semuanya masih belum kena pada tempatnya. Tidak salah bagi lelaki memanggil gelaran-gelaran ‘manja’ berkenaan. ‘sayang, honey, darling, mama’ atau sebagainya boleh dituturkan. Tanda kasih dan sayang seorang lelaki kepada wanita yang dikasihinya. Namun, semua itu biarlah selepas bergelar suami isteri yang sah.
Tidak canggung juga untuk lelaki menemani seorang wanita berdua-duaan ke hulu ke hilir. Semata-mata untuk mencari hiburan. Namun biarlah semuanya selapas sahnya akad nikah.
Setelah memang terbukti dia pasangan halal bagimu, nah rancang dan lakukanlah apa sahaja kemahuanmu. Asal tidak melanggar syariat. Mengapa?
Ya, kerana dirimu begitu berharga. Wanita engkau dipilih bukan hanya sebagai barang perhiasan. Menemani lelaki kesana-kesini. Menjadi pasangan yang belum halal hanya untuk di pamerkan ke seluruh pelosok mata manusia. Bukan itu tujuan engkau dipilih.
Bahkan andai engkau telah diikiat denga tali pertunangan sekalipun, ia belum tentu menjamin dirimu menjadi milik sah seorang lelaki. Usahlah bersayang-sayang, tidakperlu merengek-rengek meminta kasih sayang seorang lelaki yang masih haram bagimu.
Ya, kerana dirimu begitu berharga. Hiaislah dirimu dengan ilmu. Mengapa dimarahi andai dipelawa ke rumah Allah untk menimba ilmu. Bukankah disitu dijamin hatimu menjadi tenang? Mengapa dikeluhkan andai ilmu yang diberikan kepadamu, bukannya harta. Tentu engkau membenarkan bahawa harta engkau yang perlu menjaganya. Sedang ilmulah yang akan menjagamua kelak.
Benar, kerana dirimu begitu berharga. Engkau seumpama sebutir berlian yang mahal. Letakaknlah dirimu begitu rahsia sehingga sukar untuk lelaki lain melihatnya. Bandingkanlah dirimu dengan sebutir permata. Bukankah permata yang mahal harganya tersimpan rapi didalam peti?..berbeza dengan permata yang murah hargaya, dipamerkan didalam rak kaca. Menjadi tatapan orang, bahkan dijadikan pula bahan uji pakai setiap yang mencuba mu. Benar…KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA!!!..




"aku copy drpd majalah i luv islam"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...