Zikrullah

Selasa, 29 Mac 2011




ni yang terlatest la..first aku dengar lagu ni, muzik dia memang best la..
& dia punya lirik pun memang masuk dengan manusia zaman sekarang..
lagu yang berunsur nasihat..
genre pun masih lagi ada genre rock kapak..lagi layan dohh!!..
but layan je tapi tak ambil iktibar tak guna jugak..
pape pun, dalam lagu ni serius n memang konfom boleh bagi peringatan buat kita yang
mudah lupa..
aku bagi tau kat korang basaed on apa yang aku rasa tentang lagu ni ja...
apa-apa hal pun, korang try la layan lagu ni dulu...
then baru komen..



layanzzzzzzzz..
XPDC reunion..

Selasa, 8 Mac 2011

Syaitan pun cuak Braderr

SYAITAN PON TERKEJUT...!!!
Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.

Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil
tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,
syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya,
syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan
nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah
sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu
sangat panik.

Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata
dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita
berjanji akan menjadi sahabat ?".

"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali
membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya;
apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya
(Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata
syaitan sambil beredar pergi.

:)

Sejarah solat lima waktu

Subuh

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh adalah Nabi Adam a.s iaitu ketika
baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah
kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam
pun sembahyang dua rakaat.

i) Rakat pertama tanda syukur baginda teslepas dari kegelapan malam
ii) Rakaat kedua tanda bersyukur kerana siang telah menjelma

Zohor

Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu ketika
tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.

i) Rakaat pertama tanda syukur bagi penebusan
ii) Rakaat kedua tanda syukur kerana dibukakan dukacitannya dan anaknya.
iii) Rakat ketiga tanda syukur dan memohon keredhaan Allah SWT
iv) Rakaat keempat tanda syukur kerana korbannya digantikan dengan kibas.

Asar

Manusia pertama yang mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di
tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah baginda lalu
sembahnyang empat rakakt kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4
kegelapan iaitu:

i) Rakakt pertama kelam dengan kesalahan
ii) Rakakat kedua kelam dengan air laut
iii) Rakaat ketiga kelam dengan malam
iv) Rakaat keempat kepalam dengan perut ikan Nun.

Maghrib

Manusia pertama yang mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah
terbenamnay matahiari. Bersyukur Nabi Isa, lalu sembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari
kejahilan tersebut iaitu;

i) Rakaat pertama untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
ii) Rakaat kedua untuk menfikan tuduhandn juga tohmahan keatas ibunya Siti Maryam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata.

Isyak

manusia pertama yang mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s. pada ketika itu, Nabi Musa
mtelah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan
perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak
yang akhir. Lalu solatlah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur.

i) Rakaat pertama tanda dukacita terhadap isterinya
ii) Rakaat kedua tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
iii) Rakaat ketiga tanda dukacita terhadap Firaun
iv) Rakaat keempat tanda dukacita terhadap anak Firaun.


Petikan ILI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...