Zikrullah

Rabu, 29 Disember 2010

Rawatlah Hati Kita





orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai ke mana??Tanya seorang kaka naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.
Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahn jelas, yang tampak di mata manusia lain.
Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stoking kaki, sedap mata memandang. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik sedikit stokin tangannya kedepan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.
Aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku, Bisik si syaitan yang durjana.
Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah. Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap Sempurna oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia! Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?
Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi, si kakak naqibah berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan Kebaikan dirinya yang tiada nilai di sisi Allah Taala. Naudzubillah. Itu lah bahayanya RIA? dan UJUB!
Melakukan sesuatu bukan kerana-NYA, tetapi kerana pandangan manusia dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari.
Kita sering memberi tazkirah dalam kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa hanya aku lah yang layak memberi nasihat.
Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa Akulah yang paling hebat dan pandai.
Kita sering bangun paling awal di pagi hari, menyebabkan rasa akulah yang paling baik antara yang lain menguasai hati.
Dan banyak lagi detik-detik hasil dari bisikan syaitan.
Syaitan itu bekerja bekerja dengan sangat licik dan halus!.
Tanpa kita sedari, ia mempermainkan hati dan keikhlasan niat kita. Maka waspadalah!
Malah, Rasullullah juga pernah mengingatkan umatnya menerusi khutbah jumaat Baginda yang terakhir iaitu "....Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil..."




Oleh itu seringlah menjaga hati daripada penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.
Ingatlah kata-kata Alah S.W.T,
Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya? [Al-Kahfi 103-104.]
Moga kita tidak tergolong diantara mereka yang sia-sia amalannya.



petikan daripada majalah i luv islam edisi 17-23/12/2010

Sabtu, 27 November 2010

mengingat Kepada Kematian




ku merintih...
aku menangis...
ku meratap...
aku mengharap...

ku meminta..
dihidupkan semula..
agar dapat kembali kedunia nyata..

perjalanan rohku..
melengkapi sebuah kembara...
singah dirahim bonda..
sebelum menjejak kedunia..
menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar..
di perhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya..

tanah yang basah berwarna merah..
semerah mawar dan juga rindu..
7 langkah pun baru berlalu..
selesai talkin bernada syahdu..
tenang dan damai dipusaraku..
nisan batu menjadi tugu..
namun tak siapa pun tahu resah penantianku..
terbangkitlah aku dari sebuah kematian..
seakan kudengari tangis mereka yang ku tinggalkan..

KEHIDUPAN DISINI BUKAN SUATU KHAYALAN..
TETAPI IA SEBENAR KEJADIAN..

kembali oh kembali..
kembali lah kedalam diri..
sendirian sendiri..
sendiri bertemankan sepi..
hanya kain putih yang membaluti tubuhku..
terbujur dan kaku..
jasad didalam keranda kayu..

ajal yang datang dimuka pintu..
TIADA SIAPA YANG MEMBERITAHU..
TIADA SIAPA PUN DAPAT HINDARI..
TIADA SIAPA YANG TERKECUALI..

lemah jemari nafas terhenti..

TIDAK TERGAMBAR SAKITNYA MATI..

cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi..

jantung berdegup kencang..
menantikan malaikat datang..
menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan..

SELAMA INI DICERITAKAN..
KINI AKU MERASAKAN..

dialam barzakh jasad dikebumikan..

Ahad, 19 September 2010

..selepas aidilfitri..

Salam aidilfitri kepada warga bloggers-bloggers. Waaa, suda lama saya tak buat catatan baru, bukan apa, actually saya nak edit template blog ni agar tampak lebih bermood untuk di baca ^_^..tapi apa kan daya, internet tak ada la pulak, ini pun aku just guna from my phone, cuma half-function je internet dalam ni. Through this saya cuma boleh update sikit-sikit je aku punya entri sebab kalau taip banyak2 takut nanti keypad rosak. Insyaallah, next time aku update dengn tajuk yang lagi ok.

Jumaat, 23 April 2010

Dia Dah Mula Dah!!!!...

haaaa, yang jauh mari dekat yang dekat mari rapat..
sekarang ni aku tengok ramai jugak budak remaja yang buat bloq, tujuannya just nak share apa yang diorang ada, faham, pengetahuna etc..tapi ada jugak yang just make bloq for one main purpose which is moneyyyyy!!!..yeahhh..
money money money..cuma bagi info sikit, lepas tu edit-edit sikit templates, actually susah jugak nak edit templates tu, sebab dia berkaitan dengan coding.. tapi apa-apa pun, bila dah tau jadi senang la kan..bila dah edit-edit tu, mesti ada yang tertarik nak baca apa yang dorang tulis kan, tapi tu pun kalau apa yang diorang edit tu tampak menarik la, kalau tengok pun dah buruk, emm, bukan buruk la, cuma nampak skema, orang mesti taknak baca..dan bila dah setel semua kat atas tu, letak pulak iklan nuffnang, perghhh, tiap-tiap bulan masuk duit kottt... ^_^,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...