Rabu, 29 Disember 2010

Rawatlah Hati Kita





orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai ke mana??Tanya seorang kaka naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.
Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahn jelas, yang tampak di mata manusia lain.
Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stoking kaki, sedap mata memandang. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik sedikit stokin tangannya kedepan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.
Aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku, Bisik si syaitan yang durjana.
Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah. Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap Sempurna oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia! Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?
Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi, si kakak naqibah berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan Kebaikan dirinya yang tiada nilai di sisi Allah Taala. Naudzubillah. Itu lah bahayanya RIA? dan UJUB!
Melakukan sesuatu bukan kerana-NYA, tetapi kerana pandangan manusia dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari.
Kita sering memberi tazkirah dalam kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa hanya aku lah yang layak memberi nasihat.
Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa Akulah yang paling hebat dan pandai.
Kita sering bangun paling awal di pagi hari, menyebabkan rasa akulah yang paling baik antara yang lain menguasai hati.
Dan banyak lagi detik-detik hasil dari bisikan syaitan.
Syaitan itu bekerja bekerja dengan sangat licik dan halus!.
Tanpa kita sedari, ia mempermainkan hati dan keikhlasan niat kita. Maka waspadalah!
Malah, Rasullullah juga pernah mengingatkan umatnya menerusi khutbah jumaat Baginda yang terakhir iaitu "....Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil..."




Oleh itu seringlah menjaga hati daripada penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.
Ingatlah kata-kata Alah S.W.T,
Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya? [Al-Kahfi 103-104.]
Moga kita tidak tergolong diantara mereka yang sia-sia amalannya.



petikan daripada majalah i luv islam edisi 17-23/12/2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...