Zikrullah

Selasa, 8 Mac 2011

Sejarah solat lima waktu

Subuh

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh adalah Nabi Adam a.s iaitu ketika
baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah
kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam
pun sembahyang dua rakaat.

i) Rakat pertama tanda syukur baginda teslepas dari kegelapan malam
ii) Rakaat kedua tanda bersyukur kerana siang telah menjelma

Zohor

Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu ketika
tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.

i) Rakaat pertama tanda syukur bagi penebusan
ii) Rakaat kedua tanda syukur kerana dibukakan dukacitannya dan anaknya.
iii) Rakat ketiga tanda syukur dan memohon keredhaan Allah SWT
iv) Rakaat keempat tanda syukur kerana korbannya digantikan dengan kibas.

Asar

Manusia pertama yang mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di
tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah baginda lalu
sembahnyang empat rakakt kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4
kegelapan iaitu:

i) Rakakt pertama kelam dengan kesalahan
ii) Rakakat kedua kelam dengan air laut
iii) Rakaat ketiga kelam dengan malam
iv) Rakaat keempat kepalam dengan perut ikan Nun.

Maghrib

Manusia pertama yang mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah
terbenamnay matahiari. Bersyukur Nabi Isa, lalu sembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari
kejahilan tersebut iaitu;

i) Rakaat pertama untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
ii) Rakaat kedua untuk menfikan tuduhandn juga tohmahan keatas ibunya Siti Maryam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata.

Isyak

manusia pertama yang mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s. pada ketika itu, Nabi Musa
mtelah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan
perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak
yang akhir. Lalu solatlah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur.

i) Rakaat pertama tanda dukacita terhadap isterinya
ii) Rakaat kedua tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
iii) Rakaat ketiga tanda dukacita terhadap Firaun
iv) Rakaat keempat tanda dukacita terhadap anak Firaun.


Petikan ILI

2 ulasan:

  1. aku baru da masa nk komen ni...entry ang ada mksud mendalam...keep it up bro...

    BalasPadam
  2. hahaha..tau xpe..
    lagi pun, hg nak tau..
    actually, org xsolat ni, andai kata air hujan yg lalu kat bumbung rumah dia, air hujan tu ibarat air kencing anjing tau,..tu yg aku dgr kat ceramah la..hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...